Khamis, 5 April 2012

Penganti MB negeri Kelantan???

Desas desus persetujuan ramai pimpinan UMNO negeri mahu menobatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah. Perkhabaran yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.

Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti untuk kemakmuran negeri dan rakyat.


Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikan kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang bagi menutup kerisauan yang mula berputik.

Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baik untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramai kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membolehkan PAS meraih bonus sokongan.

Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan ketara.

Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyata yang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagai perintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambah dengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalam pilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.

Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataan bahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkan mudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakin surut dan hanya berlegar sekitar penyokong & ahli PAS sahaja.

Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990 bertitik tolak dari kebangkitan & keyakinan teguh rakyat menyokong kepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Li sebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaan PAS di Kelantan.

* dipetik dari blog Papa Gomo

KM : pendapat secara peribadi teman lebih suka Ku Li, ciri kepimpinan yang ada lebih wibawa tambahan beliau masih sihat walaupun sudah lanjut usia.


1 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...