Rabu, 11 April 2012

Pertabalan Agung Malaysia yang ke 14

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Tuanku Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah pun dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV pada hari Selasa, 13 Disember 2011 menggantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang telah tamat tempoh pemerintahan Baginda pada 12 November 2011 yang lalu.
Sehubungan dengan itu Kerajaan, dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan mengadakan dua acara utama sempena Istiadat Pertabalan Baginda, iaitu pada pagi hari Rabu, 11 April 2012 Istiadat Pertabalan akan diadakan bertempat di Balairong Seri, Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja akan diadakan bertempat di Istana Negara juga. Sempena Istiadat Pertabalan ini adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV pada hari Rabu, 11 April 2012 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am tambahan bagi seluruh negara. Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.
Ini adalah merupakan pertabalan yang kedua kali kepada Baginda sebagai Yang Dipertuan Agung. Kebetulan pula yang pertama ketika zaman Perdana Menteri arwah Tun Abdul Razak sementara yang kedua ini ialah pada zaman anaknya menjadi Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib.

DAULAT TUANKU !!!


* sumber dari laman sesawang KSU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...