Jumaat, 8 Jun 2012

KECOH!!! Penyokong PAS cuba sabatoj

Satu 'ceramah penerangan' oleh parti PAS diadakan pada hari Khamis malam Jumaat 7/6/2012 bermula selepas masuk waktu Isyak. Ceramah anjuran PAS ini telah menjemput artis penyanyi Aisyah sebagai penceramah jemputan.

Penyanyi lagu popular 'Janji Manismu' itu dijemput memberi ceramah bertajuk 'Mengapa Saya Sertai PAS' kepada penduduk disekitar kawasan Taman Maju Rapat, Ipoh. Memandangkan kawasan ini adalah terletak di kawasan parlimen Gopeng, maka pihak penganjur juga menjemput beberapa penceramah ahli politik lain dari parti Pakatan Rakyat.

Maka keluarlah penceramah iaitu YB Cina dari salah satu parti dalam Pakatan Rakyat yang memberi ceramah panjang tentang segala keburukan UMNO yang mana yang dikutuknya adalah antara individu-individu berbangsa Melayu dihadapan pendengarnya yang terdiri dari kalangan 99% orang Melayu juga.
Kalor ada isu yang dianggap tak betul, semuanya adalah punca sebab UMNO.


Kebetulan pada hari dan waktu yang sama diadakan juga pertandingan menyanyi karaoke anjuran komuniti penduduk tempatan tidak jauh dari tempat ceramah PAS itu. Maka berlangsunglah program kedua-dua pihak tersebut serentak dengan mengunakan pembesar suara yang kuat. Disebabkan tidak puas-hati, seorang penyokong PAS telah bertindak sabatoj dengan cuba menganggu dan mengalihkan pembesar suara pertandingan karaoke tersebut. Kelibat tersebut telah disedari oleh staff yang mengendalikan sistem pembesar suara tersebut lalu cuba menghentikan perbuatan khianat penyokong PAS tersebut. Maka berlaku pergaduhan kecil dan pertelingkahan kedua-dua pihak.

Pihak polis terpaksa bergegas ke tempat kejadian untuk meleraikan pertelingkahan berpunca dari niat sabotaj tersebut. Sifat yang terlalu fanatik terhadap parti telah membuat penyokong tersebut tidak mempedulikan akan ketenteraman awam dan privasi orang lain.

Mungkinkah ini hasil motivasi dan kelakuan ganas yang mereka tanamkan serta mempengaruhi mereka dari perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.



psssss: nasib baik Niza meroyan tak muncul malam tu kalor tak lagi kecohhhh


* maap, hasil foto visual gelap, tidak terang...al-maklumlah KM takde kamera berteknologi tinggi (blogger tak ada gaji)

5 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...