Rabu, 6 Jun 2012

Mulot CELUPOR Niza Disiasat Polis

Dua pegawai polis Johor akan mengambil kenyataan daripada bekas Menteri Besar Perak 11 bulan iaitu Niza Meroyan di IPD Ipoh hari rabu ini berhubung kenyataannya menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan perkara itu berkata, Niza bersetuju untuk memberikan kenyataannya kepada polis pada hari tersebut.

"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Shariff, pihak polis Johor telah menerima 39 laporan polis dan kenyataan daripada 39 orang mengenai kenyataan Niza itu," katanya kepada pemberita Isnin.

Baru-baru ini, Niza yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak menerusi laman Twitter mempersoal pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor, menggambarkan seolah-olah baginda menggunakan wang rakyat.


Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Perak bertindak mempertahankan Niza yang mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Timbalan Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Raja Yusof hari ini menuding jari kepada Kosmo! kerana mendakwa isu tersebut mula disiarkan di akhbar berkenaan pada 28 Mei lalu menerusi karikatur bertajuk Plat berharga RM500,000.

Raja Ahmad yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat turut mendakwa, akhbar berkenaan sekali lagi telah menyiarkan karikatur berunsur sama pada 30 Mei lalu dengan tajuk WWW 1 paling mahal.

Agak melucukan apabila beliau mengandaikan Niza mungkin terpengaruh dengan karikatur berkenaan sebelum membuat kenyataannya di laman sosial Twitter.

"Kosmo! akhbar media perdana ini telah dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia berbanding Twitter yang dibaca oleh orang-orang tertentu sahaja.

"Saya juga mengandaikan ucapan beliau mungkin terpengaruh dengan akhbar ini kerana Niza membuat kenyataan itu pada pukul 4.07 petang iaitu selepas kenyataan yang dibuat oleh Kosmo!," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, hari ini.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda Pas Perak, Safarizal Saleh terhadap Kosmo! supaya akhbar itu disiasat sekiranya karikatur berkenaan didapati berkaitan dengan Akta Hasutan.

Suatu tindakan taat-setia tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin mereka walaupun kelakunya yang terlampau ekstrem meroyannya dan cabol mulutnya.

2 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...