Isnin, 27 Ogos 2012

Notis : JALAN DITUTUP di Ipoh


Hari Merdeka akan menjelang tiba beberapa hari lagi iaitu pada 31 hb. Ogos 2012 yang jatuh pada hari Jumaat. Oleh itu beberapa jalan utama di bandar raya Ipoh akan ditutup buat sementara sempena raptai sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Perak yang bermula hari ini.
Jalan terbabit akan ditutup bermula dari jam 7.30 pagi sehingga selesainya sesi raptai tersebut.

Jalan-jalan, lokasi dan persimpangan yang akan ditutup ialah :
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Jalan SP Seenavasagam
Jalan Kompleks Islam
Jalan Lim Bo Seng
Jalan Sultan Yusuf
Jalan Bandar Timah
Jalan Lahat
Jalan Silibin
Lampu isyarat Lahat Kidd
Jalan Persiaran Kidd
Bulatan Kidd
Lampu isyarat Jalan Tun Razak
Gurdwara Sikh.

Raptai pertama pada 27 Ogos akan mengambil tempat sepanjang Jalan Sultan Yusuf, Jalan Lahat, Persiaran Kidd dan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab manakala raptai kedua, 28 Ogos di hadapan Dewan Bandaraya Ipoh (Town Hall) berdekatan dengan Stesen Keretapi Ipoh.

Bagi raptai ketiga, iaitu pada 29 Ogos akan melibatkan kenderaan dari PDRM, Angkatan Tentera, Bomba dan pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat.

Kepada semua pengguna jalanraya disekitar bandaraya Ipoh harap maklum akan notis 'TUTUP JALAN' ini supaya anda tidak terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas dan dapat mengambil jalan alternatif atau jalan pintas lain.



MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA

SELAMAT HARI MERDEKA!!!

1 ulasan:

  1. untong lar... xde kuning2.. merdeka cni ade kuning2 dgr citenye...

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...