Khamis, 2 Ogos 2012

Perak Negeri Kebajikan Yang Pertama


Negeri Perak telah menjadi negeri kebajikan kepada rakyatnya apabila menawarkan skim rumah mampu milik rakyat disamping bayaran ansuran yang terendah kepada golongan kurang mampu.

Rakyat negeri Perak berpeluang memiliki rumah sendiri yang bernilai RM52,000 dengan hanya membayar yuran pendaftaran RM 200 dan bayaran ansuran bulanan serendah RM218 sahaja.

Faedah ini boleh dinikmati di bawah Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Dewan Serbaguna SUK, Ipoh hari ini.

Skim ini dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya (YBU).

Menteri Besar ketika mengumumkan perkara itu berkata, peluang tersebut diberikan kepada rakyat Perak yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan dan masih belum memiliki rumah sendiri.

Menurut beliau, melalui SRIA, peserta tidak dikenakan sebarang bayaran faedah dan boleh membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh 10 hingga 20 tahun.

"Kerajaan negeri dan YBU sentiasa berusaha untuk membantu golongan yang berpendapat rendah kerana mereka juga berhak untuk memiliki rumah sendiri,'' katanya. Turut hadir di majlis pelancaran SRIA ialah Pengerusi YBUDR, Datuk Saarani Mohamad.

Dr. Zambry memberitahu, sebagai permulaan, kerajaan negeri menyuntik dana awal sebanyak RM10 juta yang dijangka dapat memberi peluang 180 keluarga memiliki rumah sendiri.

Beliau membayangkan kemungkinan untuk menambah dana tersebut bagi memberi peluang lebih ramai rakyat di negeri ini untuk memiliki rumah.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyerahkan surat kelulusan dan replika kunci rumah kepada beberapa orang penerima.
Salah seorang penerima, M.Muniamah, 53, dari Sitiawan melahirkan rasa gembira kerana akan dapat memiliki rumah sendiri setelah hampir tiga tahun menumpang di rumah majikan suaminya.

“Saya gembira dan seronok sebab sudah lama menumpang di rumah majikan suami saya yang bekerja sebagai pemandu lori,” katanya sambil memberitahu mereka akan membina rumah di Batu 6, Lekir, Sitiawan.
Surinderpal Singh,48, dari Buntong pula berkata, skim ini dapat membantu golongan sepertinya untuk memiliki rumah idaman sendiri.
“Skim ini bagus dan patut diteruskan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan YBU kerana banyak membantu,” katanya.

Syabas kepada kerajaan negeri Perak dibawah pemerintahan Menteri Besar Dr. Zambry.
Tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir.



*sumber dari laman sesawang PerakNews


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...