Selasa, 6 November 2012

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A.Paramasivam


Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan Bukit Aman, SAC Datuk A. Paramasivam dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Perak yang baharu dalam pertukaran melibatkan lapan pegawai kanan polis berkuatkuasa serta merta.

Beliau menggantikan SAC Datuk Zakaria Yusof yang bertukar sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan, Maktab PDRM menggantikan SAC Datuk Dr Chai Khin Chung yang bertukar menjadi Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Ketua Penolong Pengarah Forensik Bukit Aman, SAC Dr Yew Chong Hooi pula dilantik sebagai Komandan Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, menurut satu kenyataan polis Bukit Aman hari ini.

Jawatan yang dikosongkan Yew diambil alih oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasagaran.

Pertukaran yang lain ialah Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur, SAC Datuk Razali Ab Razak menjadi Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman manakala penyandang jawatan tersebut, SAC Datuk Mohd Zulyadaen Ismail bertukar dilantik Ketua Pusat Pengajian Krisis dan Bencana, Maktab PDRM.

Penyandang jawatan itu sebelumnya, SAC Mohd Shahrizan Che Mat Din bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Strategi Lautan Biru Nasional-NBOS) Bukit Aman.

3 ulasan:

  1. ASSALAM, KERAJAN BN TERBUKTI MENJAGA SEMUA KAUM SECARA SAKSAMA, SEMUA BERPELUANG DI NAIKKAN PANGKAT, BUKAN MCM DAPIG RACIST

    BalasPadam
  2. SAYA AMAT MEHARGAI PERLANTIKAN BELIAU..... SAYA BERHARAP PEGAWAI YANG SUNGGUH BERCABARAN DENGAN KERJAYA AKAN JUGA NAIK PANGKAT SEBAGAI KETUA POLIS PERINGKAT NEGERI ATAU NEGARA. SEBAB INI KAN 1 MALAYSIA KITA SEMUA ADALAH WARGANEGARA MALAYSIA JADI SEBENARNYA KITA PATUT MELANTIK PEGAWAI YANG BERPRETASI DAN KEMAMPUAN UNTUK JAWATAN TINGGI.

    BalasPadam
  3. A very high profile Officer, who still serves regardless of time. May you be blessed with the best things in life n continuesly serve our Nation n Community Sir. If My service is needed as ye helper or as ur assistant. It's my great pleasure Sir to work with you to serve the Nation. Warm Regards n best wishes in this New Year. 2019.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...