Jumaat, 15 Mac 2013

CGC tawar RM50 juta kepada PKS melalui Alliance Bank


Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), melancarkan pinjaman mudah kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi asas portfolio jaminan keseluruhan bernilai RM50 juta dengan kerjasama Alliance Bank di Kelana Jaya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wan Azhar Wan Ahmad berkata, jaminan portfolio yang bermula dengan saiz RM50 juta itu bertujuan membantu perniagaan kecil dengan menyediakan pinjaman bagi modal kerja serta pembelian aset. Katanya, CGC akan memberikan perlindungan jaminan 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman pokok diluluskan yang diambil PKS dan akan membantu untuk mengesahkan kredibiliti pemohon setelah berunding dengan Alliance Bank.

“Jumlah pinjaman RM50 juta dijangka disalurkan sepenuhnya dalam tempoh enam bulan dan ia dana peringkat permulaan bergantung kepada prestasi portfolio. “Kami yakin ia akan mendapat sambutan daripada PKS dalam masa yang ditetapkan terutama disokong melalui kejayaan skim terdahulu yang dilaksanakan CGC bersama institusi perbankan lain,” katanya pada sidang media pada majlis menandatangani Perjanjian Portfolio Jaminan dengan Alliance Bank di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Perniagaan Kumpulan Alliance Bank Steve Miller. Wan Azhar berkata, jumlah minimum pinjaman di bawah jaminan portfolio serendah RM100,000 manakala jumlah maksimum RM300,000 bagi setiap pelanggan PKS dengan tempoh pinjaman tetap selama lima tahun.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...