Sabtu, 22 Jun 2013

Foto-foto Mafia era-30an dilelong

Beberapa keping gambar anggota kumpulan samseng pada era 1930-an yang ditemukan di dalam diari seorang detektif akan dilelong pada minggu depan di New York.

Detektif tersebut, Eugene Canevari berkhidmat selama 24 tahun dengan Jabatan Polis New York dan sepanjang kariernya, dia pernah menyiasat beberapa kes melibatkan ketua-ketua jenayah terancang pada era itu, termasuk Lucky Luciano, Louis 'Lepke', Buchalter, Dutch Schultz dan Vincent 'Mad Dog' Coll.

Canevari kemudiannya bersara pada 1952 dan ketika itu, dia menyimpan beberapa dokumen dan gambar yang diambil sepanjang kariernya.

Antara foto yang bakal dilelong termasuklah gambar asal Luciano dan anggota kumpulan gengster, Johnny Torrio.



Koleksi itu turut menampilkan beberapa gambar mayat yang merupakan suspek bunuh diri di dalam keranda, gambar di kawasan landasan kereta api ekoran ancaman bom dan dokumen saksi.

Canevari yang memulakan kerjaya sebagai polis pada 1928 di usia 25 tahun dikenali sebagai seorang detektif yang rajin dan bersemangat dalam setiap kes yang diuruskannya.

Dia juga pernah berkhidmat dalam Skuad Bom dan Unit Bunuh Diri Polis New York.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...