Selasa, 24 Jun 2014

Kastam tangkap sindiket kereta mewah di Perak


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan kereta mewah dengan tertangkapnya empat lelaki termasuk dua penjawat awam dan rampasan enam kenderaan mewah sekitar Perak, Lembah Klang dan Pahang dengan nilai cukai sebanyak RM536,240. 
 
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim berkata, pada kira-kira jam 4.30 petang 26 ‎Mei lalu, pasukan penguatkuasaan JKDM Teluk Intan berjaya merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Lexus GS300 yang disyaki barang larangan di perkarangan Pusat Pemeriksaan Puspakom Batu 5, Teluk Intan.



Menurutnya, susulan daripada rampasan itu, pihaknya berjaya membuat tangkapan ‎empat lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an yang dipercayai ahli sindiket menjual kenderaan dari Singapura tanpa permit, dengan dua daripadanya adalah penjawat awam.
"Susulan daripada tangkapan itu pula, lima lagi kenderaan mewah jenis Toyota Estima, Honda Odyssey, Honda Accord Euro R, dan dua ‎Toyota Wish turut dirampas.



"Dalam rampasan itu, kelima-lima pembeli kenderaan terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan mereka yang ditahan itu juga adalah penjawat awam termasuk yang mempunyai jawatan tinggi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JKDM Perak, di sini sebentar tadi.





2 ulasan:

  1. tak dapat hari raya lah penjawat awam tu ,ingat nak bermewah sikit raya tahun ni tapi malang nasib bunuh dirilah nampaknya.kastam pun satu lepas raya barulah tangkap.

    BalasPadam
  2. Apa dah jadi dengan segolongan penjawat awam? Mereka sanggup melacur dan khianati agensi yang memberi mereka gaji bulanan termasuk benefit lain untuk diri sendiri dan family. Golongan ini lah yang merosak agensi dan khianat agensi, kerajaan dan semua pemjawat awam. Di cadangkan kerajaan membudayakan "check and control" di kalangan penjawat awam untuk lebih alert dengan sebarang perlakuan penyelewengan oleh individu atau kumpulan. Dalam pentadbiran kerajaan sememangnya AMAT BANYAK ruang penjawat awam boleh "BUAT DUIT", Dari sekecil-kecil jumlah sehingga sebesar-besar "wang masyuukkk". Pelaku dari se-rendah grade, sehngga se-tinggi-tinggi, Kadang2 tidak diminta, TAPI DI TAWAR "duit masyuuukkk" oleh orang2 berkempentingan. Pacak jer di mana-mana khidmat kaunter......body language sudah cukup untuk buat satu kesimpulan.......

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...