Rabu, 18 Jun 2014

NO SMOKING!!!...kat R&R semua lebuhraya







Kawasan berbumbung dan tertutup di sekitar kawasan Rehat dan Rawat (R&R) semua lebuh raya diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai akhir tahun ini.


Pewartaan juga membabitkan kawasan lingkungan 300 meter dan R&R kecuali kawasan meletak lori dan kenderaan berat.

Kawasan berbumbung membabitkan kawasan makan, tandas, gerai jualan, riadah serta laluan pejalan kaki berbumbung di semua lebuh raya.


Tak boleh merokok di R&R lebuh raya
Larangan Merokok : Kesan nya?

Kementerian Kesihatan akan mewartakan zon larangan merokok terhadap kawasan tertutup di semua kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya seluruh negara selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, larangan membabitkan kawasan makan dan tandas serta pejalan kaki berbumbung.

Perbincangan dan persetujuan dengan pihak konsesi lebuh raya menurutnya telah pun diperoleh.

“Semua R&R di dalam negara kita akan bebas daripada merokok. Ia kerana di situ tempat mereka makan, dan jika mereka merokok di situ, risiko bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada semua orang yang berada di sekitarnya,” ujar Subramaniam.

Tambahnya, kementerian juga akan berbincang dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan bandar bebas asap rokok.

Katanya Pantai Batu Buruk di Terengganu, Gua Mulu di Sarawak dan Kelantan kini berada dalam perancangan untuk diwartakan sebagai bandar bebas asap rokok.

Selain itu,  laluan pejalan kaki berbumbung Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejauh 23 kilometer turut akan diwartakan sebagai zon larangan merokok.

Subramaniam terdahulu merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia peringkat kebangsaan 2014 di sini.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang bertemakan "Jimat wang! Berhenti merokok! Selamatkan nyawa!" itu dilihat mampu mengajak masyarakat khususnya perokok untuk berhenti merokok sekaligus mengamalkan gaya hidup sihat dan menjimatkan wang.




*sumber dari laman sesawang berita nasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...